Tuesday, August 3, 2010

SEJARAH KG AIR PUTIH

SEJARAH KG AIR PUTEH

Sebuah kampung tradisi di Daerah Kemaman yang dibuka pada tahun 1896 oleh sekumpulan orang asli yang tinggal bersempadan dengan Negeri Pahang.
Mengikut seorang penduduk yang sempat ditemui sebelum beliau meninggal iaitu Puan Zainab Bt Musa, terdapat ramai orang yang datang ke kampung ini terutama dari Kuala Berang dan Hulu Dungun untuk mencari sumber rezeki seperti rotan, bijih timah & balak.
Mereka ini selalu berkhemah dan berehat di tepi sungai yang mana sungai di sini sentiasa jernih. Oleh kerana itu mereka sepakat memanggil nya Kampung Air Putih kerana airnya sentiasa jernih. ( Putih ertinya jernih bagi mereka)
Selepas itu mereka memajukan kampung ini dengan menjual hasil bumi tersebut ke bandar Chukai melalui sungai.
Oleh kerana di sini terdapat banyak hasil bumi seperti bijih serta kayu balak, ramai orang luar datang ke sini termasuk kaum Cina & Bangsa Inggeris untuk mendapatkan kekayaan hasil bumi

No comments:

Post a Comment